CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 26, 2011

marimar oh marimar 2~

Assalamualaikum...^_^ heheh..kalo tengok tajuk kali ni mesti orang dah tahu yang aku suka sangat tengok cerita ni en...hahahah...memang superb! ok....malas nak merapu panjang2...meh aku bagi sinopsis penuh cerita marimar ni... pada siapa yang tak sabar nak tengok ending cite ni bleh la bace ye...huhuhu....


Sinopsis penuh drama Marimar 

Gustawa Aldama, seorang bisneman kaya telah mengahwini seorang wanita bernama Lupita walaupun mendapat tentangan daripada ibunya,Dolores. Semuanya menjadi semakin rumit apabila Lupita melahirkan anak perempuan yang diberi nama Marimar kerana lahir di tengah lautan. Dolores yang percaya bahawa Lupita berkahwin dengan Gustavo hanya untuk mendapatkan kekayaan mereka berusaha untuk memisahkan mereka berdua. Dolores mengupah seorang lelaki untuk berpura-pura tidur dengan Lupita sehingga Gustavo melihat mereka. Dolores menghalau Lupita dan memberi amaran agar tidak kembali lagi. Apabila Gustavo mengetahui bahawa semua itu adalah rancangan ibunya, segalanya telah terlambat. Dia tidak berjaya menemui isterinya yang membawa diri bersama satu-satunya anak mereka. Gustavo meninggalkan ibu bapanya lalu pergi ke Manila dan terus mengharap agar satu hari nanti dia akan menemui anak dan isterinya.

7 tahun berlalu tetapi usaha Gustavo masih tidak berhasil. Suatu hari, sepupunya Esperanza datang membawa berita mengenai kematian orang tuanya dalam kemalangan. Sewaktu melawat makan ibu bapanya,Silva, kawan Lupita datang memberitahu di mana Lupita dan Marimar berada. Tanpa membuang masa Gustavo terus mencari dan berjaya menemui keluarganya. Lupita memaafkan Gustavo agar Marimar dapat merasai kasih sayang seorang ayah. Dalam perjalanan ke Manila, kapal terbang yang dinaiki mereka terhempas ke lautan dlalu memisahkan Marimar daripada ibu bapanya. Lupita dijumpai mati akan tetapi Marimar terus hilang.

Marimar ditemui di sebuah pulau terpencil oleh Lola Cruz dan Lolo Pancho yang mengaku sebagai datuk dan neneknya apabila mendapati Marimar hilang ingatan. Mereka memanggilnya Marimar kerana tulisan pada rantai lehernya. Marimar bertemu dengan Angelika dan menjadi sahabat. Walaubagaimana pun mereka mula bertengkar apabila Angelika jatuh dan tangannya patah. Angelika menyalahkan Marimar atas kejadian itu. Marimar membesar sebagai seorang gadis yang naif. Hidupnya mula menjadi rumit apabila bertemu dengan Sergio Santibanez lalu jatuh cinta. Marimar berkahwin dengan Sergio yang sebenarnya ingin membalas dendam terhadap ayahnya,Renato dan Angelika(maka tiri merangkap bekas kekasih Sergio). Marimar kemudiannya menjadi mangsa kekejaman Angelika yang cemburu di Vila Santibanez. Dari sini Marimar mula menyedari hakikat apa yang telah dilakukan oleh Sergio padanya.

Takdir mula berubah apabila Marimar memutuskan untuk meninggalkan San Martin de la Costa selepas menghadapi banyak penderitaan di rumah Santibanez dan kematian nenek dan datuk angkatnya akibat kebarakan yang diarahkan oleh Angelika. Di bandar Marimar menukar namanya kepada Bella dan melahirkan anak perempuan yang diberi nam Cruzita sempena nama Lola Cruz.

Selepas bertahun-tahun melalui pencarian yang tidak pernah berhenti Gustavo akhirnya bertemu Marimar tetapi kerana Marimar menukar nama kepada Bella maka dia dapat mengenalinya. Natalia yang memusuhi Marimar sejak di Vila Santibanez telah mencuri loket Marimar yang akan membuktikan identiti anak Gustavo yang hilang. Natalia mula menyamar sebagai anak Gustavo tetapi rancangan jahatnya tidak bertahan lama apabila Marimar mendapat kembali ingatan silamnya lalu membuktikan Natalia adalah penipu. Gustavo akhirnya mengetahui Marimar adalah anaknya tetapi tidak lama kemudian mati akibat sakit jantung. Dengan bantuan Esperanza dan kawannya Innocencia, Marimar pergi ke US dan bertukar daripada seorang gadis naif yang miskin menjadi serang wanita kaya dan sofistikated Bella Aldama.

Bila dia kembali ke Filipina, Marimar bertemu Rodolfo San Jinez, seorang bisnesman yang berhasrat untuk mengahwininya kerana masalah kewangan syarikat keluarganya. Rodolfo mengundang Marimar ke Masquerade Paty sebagai tetamunya. Tanpa diketahui olh Marimar yang dikenali sebagai Bella, Sergio turut hadir ke majlis itu. Sergio secara tidak sengaja terlihat Bella dan mengenalinya sebagai Marimar. Sergio mmberitahu Rodolfo bahawa Marimar adalah isterinya. Rodolfo tidak mempercayai kata-kata Sergio dan fikir itu adalah mustahil. Marimat menolak Rodolfo pada majlis perkahwinan mereka dan membuktikan dirinya masih mencintai Sergio.

Sementara itu perniagaan Vila Santibanez mula merosot dan Angelika pulang dari luar negara bersama Ranato yang lemah daya ingatan. Tanapa disedari oleh Renato, Angelika meletakkan 'ubat' yang akan melemahkan ingatan dalam makanannya. Renato pula menyedari bahawa Angelika bertanggungjawab terhadap kehilangan harta dan syarikatny. Angelika pergi ke Manila untuk lelongan tetapi Marimar sebagai Bella muncul dan berlakunya konfrontasi. Disebabkan taktik penuh dendam Bella, Angelika kehilangan segala-galanya. Angelika kembali ke Vila Santibanez dan menghantar Renato ke hospital mental. Namun, Renato berjaya melarikan diri daripada hospital sebelum Angelika dan rang-orangnya tiba. Renato ditembak oleh Nicandro atas arahan Angelika. Walaubgaimanapun dia diselamatkan oleh Dra Rhia dan kebali bersama Sergio untuk membalas dendam terhadap Angelika. Marimar pula membeli Vila Santibanez. Berlaku banyak perebutan antara Marimar, Sergio dan Rodolfo. Marimar sekali lagi membuat keputusan untuk meninggalkan Filipina demi keselamatanya tetapi diculik oleh Rodolfo sebelum sempat pergi. Sergio cuba menyelamatkan Marimar tetapi Rodolfo secara tak sengaja menembak Marimar sedangkan tembakan itu sepatutnya untuk Sergio. Akhirnya ketiga-tiga mereka tertembak secara tak sengaja tetapi tidak serius. Rodolfo dibawa ke hospital dan kemudiannya menjalani perbicaraan dan dijatuhi hukuman penjara.

Marimar memaafkan Sergio dan keluarga mereka bersatu semula. Setelah itu Marimar menemui Vanessa May, kekasih Gustavo setelah kematian Lupita yang sedang mencari anak perempuannya yang hilang iaitu Angelika. Tanpa diketahui oleh Marimar, Angelika merancang kejatuhan pewaris Aldama untuk mendapatkan Sergio. Angelika bertanggungjawab terhadap pembunuhan Vanessa May dan Esperanza. Angelika mengugut Marimar dengan pembunuhan Esperanza agar dapat mengumpan Marimar keluar. Sergio dan yang lain mengetahui bahawa Angelika bertanggungjawab terhadap pembuhan ibunya dan Esperanza tetapi tiada bukti. Manakala Angelika pula mempunyai pisau dengan cap tangan Marimar dan baju yang penuh dengan darah Esperanza. Angelika menculik Marimar agar dapat membunuhnya. Dia memberitahu kepada Marimar bahawa dia yang membunuh Esperanza untuk menutup mulutnya. Orang suruhan Angelika, Nicandro dan Diego telah menyelamatkan Marimar lalu membohongi Angelika tentang kematian Marimar. Rancangannya gagal tetapi dia membuat rancangan lain untuk memerangkap Marimar. Dia terus mengejara Marimar sehingga akhirnya mereka terpaksa berdepan untuk menyelesaikan segalanya. Angelika menembak Marimar berulang kali tetapi tiada apa terjadi kerana baju kalis peluru yang dipakainya. Marimar menyedari yang Angelika tidak akn pernah berhenti dan membuat keputusan untuk melawan kembali.Walaubagaimanapun Marimar mengalami kecederaan serius manakala Angelika ditangkap polis. Tetapi Marimar terselamat.

Sebulan kemudian, Marimar, Sergio dan teman-teman mereka pergi ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan Angelika. Juri mendapati Angelika bersalah kerana membunuh. Renato pula pergi ke penjara Angelika dan merasuah warden penjara untuk membuat Angelika menderita dengan memberinya kesan terbakar dengan nama Marimar. Sergio dan Marimar mengumumkan perkahwinan mereka dan Marimar memberi semula Vila Santibanez kepada Renato. Bapa angkat Angelika pula merancang untuk melepaskan Angelika dengan letupan bom dan dia perlu bekerjasama denganya untuk merosakkan perkahwinan Sergio dan Marimar.

Pengakhiran
Semasa hari perkahwinan, Angelika menyamar sebagai pemandu menggantikan Arturo yang dipukulnya. Sergio dan Cruzita diculik oleh Angelika. Dia memberi Marimar dua pilihan 'hadiah istimewa'. Dia menyuruh Marimar pergi ke pantai dan memaksa Marimar memilih antara nyawa Sergio dan Cruzita. Sergio dan Cruzita  berada dalam dua bot yang berbeza dengan bom yang diset pada masa yang sama di dada mereka. Marimar memutuskan untuk menyelamatkan Cruzita. Sebaik sahaja dia menyelamatkan Cruzita bom di bot Sergio meletup. Marimar membawa Cruzita terjun ke dalam laut bila bom Cruzita pula meletup dan Angelika tidak dapat mengesan mereka.

Sergio pula tidak mati dalam letupan itu. Sebelum bom masa itu meletup, dia dapat menumbangkan orang Angelika, membuang bom itu dan lari dari bot. Marimar berdepan dengan Angelika. Tanpa disedarinya, Sergio ada di kawasan itu berlawan dengan orang-orang suruhan Angelika. Marimar dan Angelika pula berlawan di landasan helikopter dan Marimar menolak Angelika ke dalam sungai yang dipenuhi buaya. Sergio dan Marimar akhirnya berkahwin di San Agustin Church, Manila.

Marian Rivera sebagai Mari Mar Perez / Bella Aldama 

Dindong Dantes sebagai Sergio Santibanez


with love,

Sunday, May 22, 2011

Convocation uitm perlis ke 74...

     Alhamdulilah...syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya aku berjaya menggenggam segulung diploma...tarikh 18 mei 2011 merupakan hari paling bermakna buat diriku... 17 mei hari lahir aku dan aku menerima hadiah paling bermakna keesokan ari nye...=) dengan rase penuh syukur aku naik ke atas pentas dengan selempang ANC atas usaha ku selama 3tahun diploma di negeri perlis... Aku gembira dapat banggakan mak dan abah atas kejayaan aku... Usaha ku selama ni tak sia2 bila aku berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor yang diidamkan oleh kebanyakan pelajar universiti... ^_^ syukur sangat2... Harapan aku untuk dapat ANC lg untuk degree ni... Harap Allah member aku kesempatan lagi untuk membanggakan mak dan abah..amin....
wajah ceriaku semasa konvo...hehe...=)


edit...3 sweet commander...huhu


 Bergambar bersama rakan ANC...Rio dan Kutik...
                


with my bestie....Nabilah Abu Safian

Bergambar walaupon tengah panas,,huhu....


  Dengan si bucuk ni..tahniah cayunk....
                                                 


Ni lah Nor Syadilah...one of my lovely friend..^_^


Baris..Baris Sedia...hehe...Cik Aten N Cik Nab....

begambar ngan para lecturer kesayangan... love them...

hahah..siap ade Cd lg tu....bangga tak..=P

We are the champion...huhu...yg diraikan bersama pensyarah....

yang paling tak dilupakan...my family...thanks for coming...^_^

Bergambar depan karaoke depan Cmart..haha....

Eeka Tomeyto n Cik Aten Ore Kelate...Love Them...=)

Dalam happy ade jugak yang gembira ditemani airmata atas pemergian anak mereka...Allahyarham Yusra kembali menemui Ilahi... .

ibu bapa arwah datang mengambil skrol anak mereka,Yusra. 




p/s aku harap dapat peluang lagi meraikan konvokesyen bersama kawan2 tersayang...Love u all..muaahhh!!!!! 




Wednesday, May 11, 2011

SwEet Lagu AishetaRu...^_^

       Assalamualaikum....halu....tetiba plak aku suke dengar lagu aishetaru dr Zivilia Band...sedap dan memang mngancam la...huhuhuh....Dengar la ye.....



                                           Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
                                           Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
                                           Menantikan kehadiran dirimu
                                           Entah sampai kapan aku harus menunggu



                                           Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
                                           Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
                                           Kadang kuberpikir cari penggantimu
                                           Saat kau jauh disana



                                            [*]
                                           Walau raga kita terpisah jauh
                                           Namun hati kita selalu dekat
                                         

                                           Bila kau rindu pejamkan matamu
                                           Dan rasakan a a a aku



                                           [**]
                                           Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
                                           Terhapus ruang dan waktu
                                           Percayakan kesetiaan ini
                                           Pada ketulusan a a ai aishiteru



                                          Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
                                           Entah penantianku takkan sia-sia
                                           Dan berikan satu jawaban pasti
                                           Entah sampai kapan aku harus bertahan



                                           Saat kau jauh disana rasa cemburu
                                           Merasuk kedalam pikiranku melayang
                                           Tak tentu arah tentang dirimu
                                           Apakah sama yang kau rasakan



                                           Back to [*][**]
                                           Satu sendiri pikiran melayang terbang
                                           Perasaan resah gelisah
                                           Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
                                           O…wu..wo..o..



                                          Lupakan segala obsesi dan ambisimu
                                          Akhiri semuanya cukup sampai disini
                                          Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
                                          Kumohon kau kembali



                                          Kimita tuokukitemo
                                          Kiminoi shuaguaratala
                                          Shiniteruyo shiniteruyo

                                          Back to [*][**]


                                          Wo wo wo..
                                          Wo wo wo..a a ai aishiteru






AISHITERU.....

-LEE DONG HAE-

opp silap orang plak.....hehe.....(jgn mara wady..hihi)



Monday, May 9, 2011

marimar oh marimar!!

SELAMAT HARI IBU...hari2 pon hari ibu...pada aku takde tarikh yg specific tok smbut hari ibu kerana aku rase tiap2 hari merupakan hari yang sngat bermakna tok meraikan hari ibu... Btol kn?? huhu...aku sayang sangat mak aku..beliau telah melahirkan ak dan bagi aku peluang tok menghirup udara dan menempuh kidupan pada hari ini...tak sabar nak balas  jasa mak ngn abah..^_^ 

                    ERm...oh ye...Berbalik pada tajuk marimar oh marimar tu...aku ngan mak aku ade faveret yang sama iaitu tgk cite marimar kat tv3.. walaupon kat umah sewa ni takde tv tp aku usaha jugak tgk melalui internet...pergh..gler smangt kot.. suka sangat tengok sergio dan marimar...tak sabar nak tengok dorang hepi ending...huhu...sakit ati je tgk angelica yang tak abes2 nak musnahkan hidup marimar...innocencia plak amek kesempatan pada marimar...ish3...tragis btol la cite ni...penuh ngn suspen betul..tup tup....marimar kena culik plak tp sebenarnye aku tau bkn sergio yg culik tp rodolfo...tak puas hati marimar taknak kahwin ngan dia...haish..dah tau orang taknak watpe nak paksa2 kan...hihi..aku ni dok komen cite ni plak...mantap btol... aku ngan penuh semangat nk tengok cite ni smpai abes..harapnye ade peluang la..huhu.... 


k la....chow dlu...nak tido...huhu..daaa......................................!


                                                                     - comey gler!!!!-

hope for happy ending.......

saya nak jadi cam dia bleh tak?? hehe...gedix...=P


                                      -gandingan ideal Dindong Dantes n Marian Rivera..-


hensem en....? my hero..kiki..jgn mara wady..=P





Sunday, May 8, 2011

horrray~~

yay! smalam da abes exam for sem 1..sian kat mmber2 group B yg kne amek anatomy balik..harapnye dorg bleh perform sbb da ade basic... lepas abes exam rase heppi la plak smpi g Plaza Alam Sentral makan steamboat ngn cik nab...woo..mmg mgancam..haha..sudahnye tak abes sbb kenyang sgt...wa...senak perut ak...haha....tp sbnanye niat utama pg sane sbb nak cari baju tok konvo,,payah gak nak cari baju warne purple..kalo ade pon size besar sgt...huhu...  tak sabar nye nak konvo 18 hb ni...tu hadiah bufday paling bermakna buat ak...dapat transkrip diploma...alhamdulilah ak da wat yg terbaek stakat  ni...so next mission  memburu dekan lg!!!! yah!

GOOD LUCK EJA!


 hurm....merenung mase hadapan...



nyam..nyam...huhuhu...sedap makan steamboat...^_^